Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 29, 2010

Hidup-hidup Dibakar

dua-empat-tujuh
Maaf..


Empat hari berturut-turut aku emo sebelum ni...
hasilnya, empat hari berturut-turut kalian terpaksa baca cerita jiwang bosan aku..
Maaf...
Kali ni, entri yang super santai...




Aku budak asrama masa sekolah menengah.
Asrama aku melarang pelajar bawak seluar jeans.
Kesannya, aku tak ada seluar jeans langsung masa sekolah menengah.
Hilang zaman 'jeans' remaja aku..

Kemudian,
bila dah habis belajar,
oleh sebab dah biasa tak pakai jeans,
takde sehelai pun jeans dalam almari aku.
Dan aku pun tak teringin nak pakai,
sebab masa tu aku suka lagi pakai seluar kargo,
ala, yang poket belambak depan belakang tu..
Sebab aku cukup lasak, jatuh motor seminggu sekali kot...

Sejak setahun setengah lebih lepas,
aku start pakai seluar jeans hasil hasutan ex-awek aku..
"Arrgghh!! Ketat!!"

Hingga kini, jeans pertama aku selepas tu masih aku pakai..

Baru-baru ni,
jeans tu terkoyak di bahagian lutut.

"Macam orang jahat..." adik aku kata..

Tapi dari segi lain,
aku rasa pakai jeans koyak lutut ni macam cool plak..
Memang..
Pernah sekali aku keluar,
orang pandang aku kat lutut aku..
Perghh!!!
Tak pernah kot orang pandang lutut..
Selalunya nak jeling pun susah..

Untuk menjadikan seluar ni 'legal' dan boleh bawak solat,
aku pakai pembalut lutut kat dalam seluar.
So, aurat aku tak terdedah..

Mak aku kata,
"Dah macam orang mati bini je mak tengok!"
Emak sayang,
Alang belum pun ada bini, nak mati bini camne?

Maka,
demi membuatkan mak aku tak pandang serong,
aku berniat nak beli jeans baru.

Beli jeans perlukan duit.
Maka, datanglah masa aku ketuk isi tabung-tabung aku.
********

Di bawah adalah tiga dari 5 tabung aku,
masing-masing berat dengan duit syiling,
tapi ada gak yang isi duit kertas.
Aku nak amik beberapa helai duit kertas warna merah untuk beli jeans.




OK!
Aku tahu entri ni macam tak ada mesej.
Tapi, aku nak katakan sesuatu.
Tak! Lebih kepada tanya sesuatu.

Antara hobi aku yang aku rasa pelik adalah
aku suka letakkan hidden message dalam barang aku.

So,
dari gambar tabung di atas,
tiga tabung itu mewakili tabung untuk 50sen, 20sen, dan 10sen.

Soalan aku,
mana satukah tabung
untuk 10sen, 20sen dan 50sen?
Klunya ada tertera di dalam gambar.


SELAMAT MENEKA!

postquam-scriptum:
Tajuk entri tak ada kena mengena.
Hanya tajuk lagu yang penulis dengar waktu menaip entri ini dari laptopnya.
Dr. Kronik - Hidup-hidup Dibakar




20 comments:

  1. aku rase yg paling besar duit seposen, yg paling kecik duit 50sen, yg sederhana tulisan metoo kaler kuning tu 20sen..
    ye ker..??

    ReplyDelete
  2. kau bawak moto ke kude bai sampai seminggu sekali jatuh..gila ba..

    aku syak yang paling gemok kau sumbat 50sen, yang baju wane kuning 20sen dan yang paling slim adlah 10sen

    ReplyDelete
  3. tabung besar yg ada rmbut 3 helai tu 50sen. tabung panjang metoo bju kuning seluar hijau tu 20sen. tabung gengster yg kaler merah putih hitam kuning tu 10sen. sekian.

    ReplyDelete
  4. jeng3

    tabung hitam = 50 sen
    sebab nmpak ade no.5 atas tu

    tabung kuning hijau = 20 sen
    sebab tertulis di situ "metoo"
    bunyi "too" mcm "two"

    and semestinya tabung merah kuning hitam tu = 10 sen
    sebab tabung len dah dapat tw, so tggl tabung ni je la yang 10 sen.

    haha amacam? xD

    ReplyDelete
  5. @pu3aan
    teeett!!!! cuba lagik!!

    @kata kila
    dr kronik tu nama artis dia laa...

    @hentakbelipat
    tu dulu beb, skang dah jatuh sebulan sekali plak..
    hahahah

    @Coco
    nantikan jawapan...

    @Amir Auxin
    nice one, nantikan jawapan yek!!!

    ReplyDelete
  6. Maaf!! aku terbaca semua komen dekat atas.. so jwpan aku dh ter'bias'.. T__T...

    ReplyDelete
  7. Hurmmm....aku belek2 gmbr tue tgk cam bear hitam tue ko ltk 50 sen sbb kat bdn de tulis 5O...
    pastu yg pki bju kuning 20sen sbb tulis me'ToO'....too = two...kan..kan..kan..
    akhir skali bear muke jahat..sposen...(aku da lupe org pggil bear tue ape...aku de keychain bear tue tp corak len...)
    sbb die buat muke sposen...haha3

    ReplyDelete
  8. yg paling gemok 50 sen, yang baju kuning 20 sen, yg halus tu 10 sen..
    tol x?

    p/s: jatuh motor seminggu sekali? bro leh berlakon cite rempit ni!hahaha

    ReplyDelete
  9. xmo teka dah..
    aku kalo main teka2 ngn ko ni asik kalah je..

    ReplyDelete
  10. aku x nak teka sbb dah terjawap oleh kwn2 kat atas :)

    mahal btol koyakan jeans tu..
    mesti lutut kau hardcore kan sbb da byk kali jatuh motor

    ReplyDelete
  11. ala. boring lah cmni. jwpn aku same dgn org lain. ni aku mls nk komen ni. haha.


    tp jwpn aku sblm mmbace komen ialah yg si hitam dan bulat itu tabung utk 50sen, yg si kuning tu utk 20sen dan si kurus tu 10sen. kalo jwpn btul dpt hadiah x weh? haha.

    ReplyDelete
  12. wehhh moody bear tuh.. haha cute kot!

    belanja aku devilrobots!

    -kudozu

    ReplyDelete
  13. @WZulhilmi
    haha, tak kisah..jawab je..

    @Miss Comot
    hmm, dgr macam bernas...
    nantikan jawapan...

    @little cart00n
    haha, kalo farid kamil nak ajak tag team berlakon, aku on..hehe

    @pu3aan
    hehe, bukan ade hadiah pon ni...
    teka je..

    @Dark Half
    haha, koyak lutu tu bukan sbb jatuh moto, tp sebab aku byk melutu kat atas lantai..

    @Nanad.
    kalo nk hadiah, soalan tak senang mcam ni..
    hehehe..
    kena arr bg yg susah giler...

    @Anonymous
    kudozu,
    ko yg patut blanja aku devilrobots..
    hahaha

    ReplyDelete
  14. wuhoo.lagu kegilaan mase zmn sekolah nii..haha..ahh mengembalikan nostalgia pulak

    err, nak teka jgk w/pun jwpn same mcm org lain.haha
    dr kiri, 2kupang, 5kupang, sekupang

    hee.tabung sy pun beruang juge, tp utk 5kupang shj ;)

    ReplyDelete
  15. @aNge
    hehe, mcam dh nak betol dah...
    tunggu jawapan yek!

    @iemaZAIMAH
    sila rajin..

    ReplyDelete
  16. yg itam tu 10sen...sebab..besor ckit..haha
    -nekmo-

    ReplyDelete
  17. yg hitam gemok tu 50sen...sbb de no 5...
    yg color baju kuning tu 20sen...sbb ade klu 'too'...
    yg muka jahat color merah kuning hitam n pling kecik 2 utk 10sen...
    haha ;D


    -dinie-

    ReplyDelete
  18. plg kecik 10 sen
    sederhana 20 sen
    hitam 50 sen.

    betol tak?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: