Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 13, 2010

Satu Hari di Bulan Ramadhan

one-eighty
I'm sorry..


Tahun 1991
Ipoh, Perak.


"Emak, penat laa..lapar..."
seorang kanak-kanak lelaki merungut kat ibunya.
Penat berpuasa kononnya.

"Lek arr, dah lepas tengahari dah..
Tahan laa sikit lagi beb..."
ibunya membalas.

Petang,
kanak-kanak itu masih menahan.
budak 5 tahun kot, lunyai badan menahan lapar.

"Abah balik bawak kuih untuk berbuka.."
Nampak kelibat ayahnya di muka pintu, tengah menanggalkan kasut,
sambil menjinjing beg plastik berisi kuih.

Kuih sagu. Warna merah.

"Anak abah puasa ke??
Bagusnya..."

Walaupun dipuji, kanak-kanak itu tetap bermuka monyok menahan lapar.

Tiba-tiba..
BUUUWEEEEEKKKKK!!!!

Kanak-kanak itu muntah angin di atas lantai.
Kosong je, keluar air je..
Tapi merah muka budak tu, tuhan je yang tahu..

"Alaa, sian anak mak..
Dah muntah dah...
Pergi toilet basuh mulut,
pastu minum laa air..
Buka puasa.."


Entah kenapa, dengar je boleh buka puasa, terus kanak-kanak tu bertenaga.
Pergi ke toilet, basuh mulut,
dan minum air masak..

"Mak, nak kuih sagu.."
"Amik laaa, budak tak puasa..satu je tau.."

Kanak-kanak tu dapat kuih sagu.
Pergh!!! Dari muka monyok penat tahan lapar, terus bersemangat macam nak sambut merdeka.

Tiba-tiba, terdengar bunyi azan.
Azan Maghrib.
Kanak-kanak itu terkelu sekejap.

"Haaa, dah waktu berbuka..
Sayang betul, kalo anak mak ni tahan sikit, dah boleh dapat puasa penuh.."


Akibatnya,
kanak-kanak itu tak dapat makan berbuka bersama ahli keluarganya yang lain.
Dia di ruang tamu tengok TV seorangan,
yang lain meriahnya berbuka di dapur.
Sesalan muncul di hati kanak-kanak itu.
"Kenapalah tak tahan sikit tadi... Loser btol" ujar benak kecilnya.


Kanak-kanak itu adalah aku.
Itulah pengalaman terawal aku puasa yang akau masih ingat.




13 comments:

  1. haha rugi2...tak pasal2 je xleh join buka pusa... hehe..sama ar.. nana dulu pun camtu gak.. kalau tak pose kene duk tmpt lain takleh join

    ReplyDelete
  2. bese la..kecik2 dulu mmg xtahan..
    kalo dah besar pun xtahan..sekehkan aje..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  3. hehe..mcm nk same lah cerita kita..hee..

    ReplyDelete
  4. lebih kurg jugak, tp lepas ak mntah kakak2 aku gelakkan ak.. -_-"

    ReplyDelete
  5. alamak mr L..cute la kau masa kecik..haha..kau pegang apa tu?

    ReplyDelete
  6. ingatan kau kuat betul kan? hehe.

    selamat berpuasa cero ;))

    ReplyDelete
  7. aku mase tadika sume tak pernah pose, kes akak aku suro beli aiskrem paddle pop coklat tu, last2 aku pon ikut same tibai aiskrem brape bungkus tah la (aiskrem time tu murahkan).

    aku start blaja pose mase aku darjah 1. tapi tak paham sgt pose tu ape, yg aku paham tak makan tak minum.

    so time orang sahur, aku tak sahur, sbb tak larat nak bangun dan tak de selere nak makan.

    dan tibalah waktu sekolah petang, darjah 1 nak buat bende lagi kan? main jela, haha main2 last rase nak pitam. tak tahan punye pasal pergi tandas minum air paip haha, balik rumah pura-pura pose penuh =p

    ReplyDelete
  8. 1991?hehe..umo bru 1 tahun..hahaha...
    aku tak posa lagi..zman kecomelan waktu tu..hehe..cian ko cero..kena dok kat depan..seb bek tak kena dok kat jamban..haha

    ReplyDelete
  9. Ala rilek r bru 5 thun...kang cra nk ajr dak2 pose kn start skit2...
    aku pon da x igt cmne 1st time pose...ermm...pose stgh hri je kot..haha3

    ReplyDelete
  10. @SyahNas80 @ Nana
    hahaha, kecik2 asyik tgk jam je bila nak buka..

    @pu3aan
    besar2 ni takleh tahan mende lain..
    asyik nk perabih duit beli kuih kt bazar je..
    haha

    @KERAK NASI
    haha, kbykan bdak2 akan ade pengalaman camni..

    @Lupi
    haha, mak aku siap perli lagi esoknya..

    @theSkycrapper
    hehe, cute gile..
    pegang tabung kancil bank bumiputera

    @m i r a f i q a
    tu je yg aku boleh ingat pon..

    @Shukjessa
    haha, aku pon ade gak pengalaman minum air paip..
    last2 sakit perut sbb air paip tak bersih..

    @@7425345383634446454.0
    nenek, tgk kartun sorg2..
    rase jeles sbb kat dapur makan ramai2..
    hehhe

    @Miss Comot
    byk kali gak aku puasa setgh hari..
    btol2 stgh sbb pkul 12 dah mintak buka..
    hahaha

    ReplyDelete
  11. klu xpose msti xleh mkn ngn org lain kn, sma la, pstu smangat balik nk pose cz nk mkn rmai2...haha
    comel gmbar 2...hehe
    :D

    ReplyDelete
  12. @raja dinie
    haha, comel ek??
    anak sape laa tu...
    hahaha

    ReplyDelete
  13. heeee..cEro amek gambar ngan tabung! tabung oo tabung...mmg suka kumpul tabung eh :p

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: