Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 18, 2010

1001 Masalah: Mencintai dan Memiliki

one-eight-three
I'm sorry...



Aku tak tahu kenapa
Tapi ramai kawan-kawan aku suka ngadu kat aku bila diorang ada masalah..
Seolah-olah ada orang buat iklan untuk aku
'siapa ada masalah, kontek budak ni..'

Tapi aku tak pernah merungut...
Aku suka dengar masalah orang..
Paling busuk, ada gak pengalaman orang lain yang aku dapat, kan??



Kali ni aku nak berkongsi satu masalah kawan aku ni,
nama dia AJOI (kompem bukan nama sebenar..)
actually, dia bukan kawan sangat, lebih kepada bekas musuh..
Masa sekolah rendah, aku selaku pengawas selalu tangkap dia rambut panjang..
Padahal aku sendiri pengawas pun rambut panjang gak..
Siot je aku..

Hari Sabtu tu tiba-tiba dia datang cari aku,
dia kata, nak mintak pendapat aku tentang masalahnya..

"Aku suka kat seorang perempuan ni..
Tapi dia tak tahu aku suka dia...
Kami selalu gak chatting FB,
sms kerap dna call sekali sekala..
Dia dulu baru putus cinta dulu,
so aku laa yg support dia baEk punya..
Kira tempat ngadu laa gak..
Demi dia beb, aku sanggup abiskan duit syiling tabung
demi nak call guna public phone yg kompem lagi murah sebab panggilan setempat.

Tapi masalah timbul bila dia baru bertemu seorang lelaki..
Bukan masalah pada dia, tapi pada aku..
Dia jatuh chEnta kat laki tu..
Dia selalu duk cerita pasal lelaki tu kat aku..
Beb, aku panas telinga, tapi tak tunjuk laa cemburu..
Kawal weyh, jatuh kemachoan aku nanti...

Yang jadi masalah adalah
aku suka kat dia..
tapi dia tak tahu..
patut ke aku beritahu dia aku suka dia???
Kalau aku bagitahu, & dia reject aku,
tak ke nanti dia dah taknak kawan dengan aku..
Si hensem, bantulah aku yang hina ini..
(ok ayat diatas aku reka sendiri yek..)"


Kalau ikut buku kaunseling rakan sebaya aku reka sendiri,
jawapan standard bagi masalah Ajoi ini adalah;
"Kau terus terang je kat dia..
Beritahu dia perasaan kau..
Reject ke tidak belakang cerita..
Janji kau tak tanggung sakit derita menahan luka..
Kalau dia reject,
let be clear that kau masih nak kawan dengan dia..
Dan teruskan kawan dengan dia..
GO FOR IT, DUDE!!!!"


Itu jawapan standard,
dalam 92% orang lain akan kata sebegitu..
Tapi hakikatnya, aku jawab lain...

"Do not confess...
Lebih tepat, DO NOT CONFESS YET..
Kalau kau terus terang, dan dia reject
it will never be the same anymore
walaupun ko clear berkata ko nak terus berkawan..

So, aku nasihatkan kau..
Teruskan menyokong dia seadanya...
Kalau dia sukakan lelaki tu, sokong dia..
Sentiasa berada di sisi dia tak kira masa sedih, atau gembira..
Kau perlu tahu,
MENCINTAI dan MEMILIKI
adalah DUA PERKARA BERBEZA.
Percaya pada jodoh,
kalau ada, kau duduk dalam hutan pun akan tetap bersama."


Aku tahu jawapan aku tak seperti apa yang dia harapkan.
Tapi aku yakin dia dapat tangkap point sebenar aku.
Sebab dia berlalu dengan senyuman.
Senyuman seorang lelaki yang menang.



===================================

Oleh kerana itu, jika kalian ada masalah dan mahu meminta pendapat orang luar yang tiada kena mengena dengan kalian, silalah hubungi aku di FormSpring.Me aku...Kalau perlu dirahsiakan identiti, aku takkan dedahkannya.
Haha, dah macam forum selesai masalah pulak.
At least aku boleh bagi telinga aku untuk kalian.


20 comments:

  1. ko ade bakat jd kaunselor kot bro..eheheh..

    p/s: aik..?apsal aku jd org pertama komen ni..?aku bgn awal sgt ke arini..?:D

    ReplyDelete
  2. mcm dia lah :">

    aku tau lelaki mcm ni wujud (:

    ReplyDelete
  3. pada aku, luahkan itu perlu, kalau itu dinamakan lelaki. unless perempuan tu minat dia gak.

    meluahkan tak semestinya kita kena anggap die akan accept segala-galanya. eventhough dia akan reject, paling tidak kita mencuba. itu pada aku satu sifat yang perempuan nak tengok dalam diri seorang lelaki.

    yes cinta bukan memiliki, tapi cinta itu sharing. so kita patut share apa yg kita rasa. sepatutnya ia jujur kalau betul kita minat seseorang.

    I didn't fail, I found 2,000 ways how not to make a light bulb; I only need to find one way to make it work. (ayat Ben Gates merujuk kepada Thomas Edison dalam filem National Treasure).

    walau apa pun keputusan adalah hak sendiri. cuma pada aku meluahkan lebih baik dari berdiam diri dan berpura-pura kita dapat menyokongnya. tak semua hati boleh dididik untuk melihat seseorang yang kita sayang bersama orang lain tanpa diluahkan isi hati.

    cinta yang terpendam ni ibarat racun, makin lama disimpan makin membunuh diri, takut lama-lama diri takkan tertahan. wallahualam

    ReplyDelete
  4. Rata-rata orang cakap mencintai tak semesti memiliki.
    Mencintai dan memiliki adalah berbeza.

    Aku tak faham.

    -kudozu

    ReplyDelete
  5. kate xnk bg nsht kt org bro!ckp xserupa bikin lh..buekkkkkkk!!!! :P

    ReplyDelete
  6. kalau xde usaha jangan la berharap benda tu nak datang kat kite..

    Tuhan takkan ubah nasib hambaNya melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri..

    mengubah,berubah atau kata lain USAHA..

    FIKIR-->USAHA-->DOA-->TAWAKAL

    kalau dah step no:2 xbuat,pastu nak menunggu cinta datang bergolek depan mate..camno?xdapek nak tolong..

    ReplyDelete
  7. as a guy..klo brani,kenalah confess..tp tuh pon stelah rs konpiden..klo x lgla sakit menanggung gila bayang tuh hehe =)

    ReplyDelete
  8. hmmm..
    ada betul gak..lepas dah confess akan jadi lain..

    tp cero..........

    dia kene confess jugak..mula kan samething yg mcm tak bermula..dan jika permulaan nya itu bawak kepada pengakhiran hubungn tu sebab direject..kene terima saja..sebab lumrah yg mula pasti berakhir...

    lets say....

    kalau dia confess then direject then die ckp.."kalau aku tak confess maybe kitorg still mesra mcm dulu..tak dingin mcm skrg...aku nak berkawan ngan dia lagi beb..."...

    kalau tak confess then 1 day perempuan tu jumpa orang lain..dan perempuan tu plak memang sedang mencari..disebabkan perempuan tu memgang prinsip yang sama mcm lelaki tu bahawa jgn confess nnt direject..die plak terima lah sape yg suke die tuh...and laki tu mesti frust ckp..."kalau aku confess maybe aku dpt bersama dengan die..."...

    sng citer dua2 ade risiko...


    memang jodoh dah ditetapkan..ape pon mesti usaha...menang gagal lain cter......kalau orang duduk dalam hutan pon...cth tinggal 2 orang je dalam hutan...mereka nak bersama pon mesti ade yang start dulu utk ajak kawen...

    kan kan kan??

    =)

    lelaki kene confess!!

    ReplyDelete
  9. wah..

    jawapan matang!! bagus ni.. blaja daripada pengalaman orang lain utk di-apply pada diri sendiri atau membantu orang lain pada saat yang memerlukan..

    yupe, mencintai bukan beerti memiliki.. n i think, mencintai tapi tidak memiliki memberi tafsiran betapa sucinya cinta tu as it's kinda pure luv dicurahkan berbanding cinta nafsu semata..

    hmm.. another famous quote.. cinta tak semestinya bersatu.. rite??

    ReplyDelete
  10. but la..

    maybe dia kene tengok flow dulu kot.. jangan terburu2 sangat nak meng-confess pun jugak..

    let's say, dia menjadi pemerhati dalam hubungan the girl tu.. mane la tau 1 day, when the girl dah kenal perangai dat guy camner suma.. mungkin la ader bab2 yang batal {pinjam perkataan hentak berlipat}, so dia ader chance.. maybe awal2 the girl cam minat2 dulu.. tapi minat2 pun, tak semestinya berjaya couple pun jugak kan??

    still he has the chance nak masuk jarum?? how's it??

    ReplyDelete
  11. @pu3aan
    hahah, saje je testing power..

    @m i r a f i q a
    siapakah??
    lelaki camtu mmg wujud!!

    @Shukjessa
    setuju dgn anda..
    but, dr entri aku atas
    ianya berbunyi
    DO NOT CONFESS YET..
    Love is about trust...
    terlalu terburu2 bakal dapat kesan buruk..
    aku sure ko faham kan maksud terlalu terburu2..

    @Anonymous
    kudozu,
    bukanlah, mmg dua perkara tersebut berbeza,
    tp mmg wujud stgh org berfikiran kalo nk bercinta, kena couple..
    sbb couple is a way of owning..
    itu kurg tepat..

    @iemaZAIMAH
    beb, dah org nak dtg tanya pendapat aku,
    nak taknak kena gak bg pendapat, kan??
    tp pendapat aku tak semestinya benar..

    @Ch@ Ch@
    setuju!!! 120%
    tapi harus diingat, MENUNGGU juga satu bentuk USAHA..

    @Fia Abas
    kawan aku fikir jauh..
    dia takut kalo confess, dia takkan serapat dulu..
    itu pon perlua amik dalam consideration, kan??

    @fiQfrozen
    confess mmg kena confess,
    tp bg masalah Ajoi,
    pd aku, bukan sekarang...
    belum masanya lg...
    biar ikatan mereka betul2 tulen..
    if the risk is there, take it..

    @gha sudin
    yes, agreed...
    dia masih ada peluang...
    kalo cinta btol2 tulus, sampai satu tahap, the girl herself akan sedar akan keWUJUDan hubunga antara dia dan Ajoi..
    Ianya macam investment, ada risiko..
    Semakin tinggi risiko, smakin lumayan pulangan...

    ReplyDelete
  12. dude..aku setuju dgn jawapan kau bagi..^^v

    ReplyDelete
  13. ahahahaahahaha!aku dh mls dgr cerita cinta org..unless klu dye btul2 bermasalah..sbb skg ni rmai yg carik mslh sndr..

    ReplyDelete
  14. setuju ngn jawapan cEro bg...
    prcaya pd jodoh...
    couple bgai nak rak pn klo xde jodoh xkemana jgak kn...hehe
    yg pnting ada USAHA....;)

    ReplyDelete
  15. sgt suke cra Cero jwb...mmg btol...

    aku sbg seorg pompuan klu de kwn baik laki confess cmtu sah aku jauhkn diri dri die... (p/s: tue pon klu aku x leh trime die lbih dri sorg kwn la...hehe3)
    mmg sblm n slps die confess suasana sgt berbeza sbb aku sbg sorg pompuan....klu aku msih lyn die mcm biasa die msti igt aku trime die n perangai die lyn msti x sama mcm dlu...cthnye: ayt die akn jdi lain n mcm brbunga2...blablablabla..etc..

    jdi the best way mmg jgn luahkn...good answer cero! d(^_^)b

    ReplyDelete
  16. @theSkycrapper
    thanks bro!! haha

    @iemaZAIMAH
    masalah sentiasa ada beb..
    takleh elak...

    @raja dinie
    USAHA sangat penting..
    USAHA bukan bererti perlakuan..
    ianya bererti ketabahan..

    @Miss Comot
    yeah, thanks..
    buat masa ni, itu yg terbaEk utk dia..
    tp perkara mungkin berubah satu hari nanti, kan??

    ReplyDelete
  17. yup! myb akn berubah mn la tau kan...
    mn la tau klu pompuan tue mmg btol2 jdoh die n pompuan tue sdr yg slma ni yg sokg dia dri blkg n jdi tmpt mengadu adlh kwn cero tue...mgkn akn trbuka pintu hati die... =)

    ReplyDelete
  18. hehe..hmm..kalau aku kan..ada kawan rapat..tetibe dia ckp suka aku..sure aku malu gila..pastu...aku nak jauhkan diri daripada dia...aku teringat dlm cite pe tah..ha..selamat pagi cinta tu..kalau kau pernah tgk scene kat buaian yang atok dia gtau que haidar tu..hmmm...cinta tu xsemestinya kita memiliki...bla3....tak igt ayat betul2..

    tapi..dlm masa sama..aku rasa..dia perlu bgtau...sbbnyee kalau takda usaha..kejayaan tak akan berlaku..tapi..bukan dlm masa terdekat la...jgn terburu2...mcm kau ckp tu..hehe

    ReplyDelete
  19. @Miss Comot
    yup, kita seolah2 perjudikan masa depan..
    tp, itulah masa depan..
    tiada yg pasti,kan??

    @3526729750185989290.0
    nenek,
    ayat atuk tu berbunyi
    "Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan.
    Cinta yang agung itu adalah satu pengorbanan.
    Tak ramai orang yang sanggup berkorban kepada orang yang dia cintai.."

    ReplyDelete
  20. bagus kau ni..igt semua...hehehehe...
    mcm tu la maksud aku tu...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License