Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 20, 2010

Mimpi Bukan Mainan Tidur

one-six-five
I'm sorry...



Sabtu lalu aku tengok wayang cerita Inception.
Lakonan Leonardo DiCaprio, memang mantap..
Sebab kebelakangan ni DiCaprio banyak berlakon cerita yang berat,
macam Shutter Island dan ntah ape ntah tajuk cite yang curi berlian tu,
jadi minda aku dah bersedia untuk cerita Inception ni..

Ya, ceritanya berat, tentang kawalan mimpi..
Masa aku melangkah keluar dari panggung,
teman yang tonton wayang bersama aku berkata,
"Awak, tak paham laa cerita ni..."

-----------------------------------

Bercerita tentang mimpi,
sebelum ni, aku hanya anggap mimpi sebagai mainan tidur..
Aku pernah baca (ntah kat mana),
semasa kita tidur, otak kita menyusun data dalam bentuk memori.
Macam komputer buat defragmentation..
So, mimpi hanyalah serpihan memori yang sedang disusun.
Sebab tu kebanyakan mimpi selalu tak logik..


Itu apa yang aku pernah percaya..
Segalanya berubah selepas aku alami satu mimpi pelik..
Ini mimpinya......

Aku dan dua orang lain sedang berbual-bual.
Duduk di sebuah meja bulat,
berbual kosong tentang kehidupan..
Sedang tiba-tiba,
seorang dari kami keluarkan pistol dari jaket
dan tembak kawan aku seorang lagi..
Dan kemudian,
aku dan si penembak tu entah macamana berada di dalam lif,
sedang bertumbuk.
Akhirnya, si penembak tu jatuh ke tanah dan pecahkan satu pasu..

Mimpi habis..
Aku terjaga..

Hm, mesti ramai fikir
apa yang pelik???
Biasa laa mimpi selalunya tak logik,
sekejap kat sini, sekejap kat tempat lain...
Tapi,
biar kau keluarkan 3 perkara pelik dalam mimpi tu:

  1. Diri aku bukan yang melihat, tetapi aku adalah si penembak.
    Maknanya, aku melihat aku dalam mimpi sendiri,
    seolah-olah aku berada dalam badan orang lain.
    Kalau mimpi adalah serpihan memori,
    aku takkan dapat melihat diri sendiri bergerak sana-sini, kan???

  2. Sepanjang mimpi yang pendek tu,
    kami bertiga bertutur dalam English..
    Aku mengaku, English aku tak hebat mana sampai ke tahap nak speaking in real life.
    Tapi, mimpi bercakap English penuh memang pelik.
    Malah, selepas aku bangun dari tidur, aku terus grab kamus
    dan cari maksud perkataan yang aku tuturkan.
    Aku ingat lagi, perkataannya
    'unmitigated'.
    How in this world aku boleh mimpikan perkataan English yang aku sendiri tak faham maksudnya??

  3. Kebanyakan mimpi aku sebelum ni, aku tak mampu nak ingat secara menyeluruh.
    Tapi mimpi kali ni amat jelas, sampai aku boleh recall apa topik perbualan kami dan bentuk rupa pistol yang diacukan.


Demmit..
Sejak dari mimpi tu,
aku percaya mimpi bukan sekadar mainan tidur.
Ianya kadang-kadang lebih dari itu
dan mungkin akal manusia takkan mampu menyingkap misterinya..

Dan sejak mimpi tu,
aku tak lagi ingat aku mimpi..
Kadang-kadang bila aku bangun tidur,
aku tahu tadi aku bermimpikan sesuatu,
tapi tak ada satu perkara pun tentang mimpi tu aku mampu imbas kembali..

----------------------------

"Awak, tak paham laa cerita ni..."
Aku ajak dia duduk di mcD,
dan aku bercerita dari awal sampai habis tentang cerita Inception.
Aku cukup kagum dengan jalan ceritanya.
Cinematografi, latar bunyi,
watak, perkembangan plot dan perkembangan karektor.
All of them, SUPERB...

Kalau nak ajak aku tengok sekali lagi,
aku sanggup..
Bagi yang tak gemar cerita heavy camnie,
aku suggest JANGAN TENGOK
sebab kalian akan bosan,
sebab ini bukan TOY STORY 3!



16 comments:

  1. macam mimpi je baca entri mimpi nih...

    ReplyDelete
  2. weeeee tetiba rasa nak tengok pulak citer ni

    ReplyDelete
  3. aku berkongsi hari lahir dgn Leonardo..hihi..

    ReplyDelete
  4. yes, banyak kali saya dapat perkataan English baru dari mimpi..misteri.

    http://fentomatte.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. hehe kalo sebut mimpi, yg percaya mesti orang tua-tua kita.

    sebab kalo mimpi hilang gigi, hilang benda berharga petanda ada ahli keluarga nak meninggal.

    kalo mimpi pegang sesuatu, then terlepas ada benda yang kita nak tak dapat. benda ni terjadi time aku nak amek result upsr, aku pegang ikan tepi laut, tapi ade duri dekat hujung ekor dan aku terlepas. esoknye amek result, aku dapat 3A 2B je.

    tapi kadang2 aku malas nak pecaya sgt. sebab biarlah, kalo pun ada makna, kita kene percaya Tuhan lebih, apa-apa segalanya daripada Nya. tak perlu nak percaya sangat sampai mimpi hantu pun nak tanya pakar.

    hehe heavy tp kalo ceritanya lagi best dari twilight, aku nak tengok. sebab cerita ni dari director dark knight kan? mesti superb punye~!!

    ReplyDelete
  6. cero betul tue banyak org kata mimpi mainan tido tapi kadang2 dia bagi petanda...

    ReplyDelete
  7. slalunye aku bgun tido aku xrase pun ade mimpi ape2..tido mati..heheh..
    tp bile aku mimpi..mesti mimpi tu mimpi yg sedih..smpai kdg2 bgun tido pun rase sebak dada sebab sedih sgt..
    adesss..sensitip tul jiwa aku nih..

    ReplyDelete
  8. kadang2 kita sendiri tak ingat apa yg kita mimpi last nite. padahal kita tau kita ada mimpi..

    btw aku skrg nih dah tak mimpi2 dah masa tido. adakah terlalu sibuk sgt??

    ReplyDelete
  9. mmbe aku ad sound cite ni mmg best..pasal2 mimpi ni kan..bile aku tnye die jalan cite die camne die jawab di hnye bemimpi di siang hari dlm wayang tersebut..haram j betul

    ReplyDelete
  10. kalau mimpi lembab cmana pulak? boleh tak prof cero jelas kan..

    ReplyDelete
  11. hurmmm...menarik jgk yek...aku pon pnh gak mmpi ala2 ko tue...tembak la pe la...alih2 kite yg pgg pisau@pistol...sdgkn mule2 kite nmpk muke org len pastu jdi muke kite plak...

    mimpi kdg2 mainan tdo tp kdg2 mimpi bwk petanda...tau x psl dejavu?
    mimpi tntg masa dpn...byk kali gak aku dpt mmpi dejavu nih...bese mmpi dejavu nih aku igt2 lupe...bile dh jdi aku akn rase...eh mcm pnh buat...kat mn yek?

    brguna kamus de kat katil ko...bgun trus selak kamus...kikiki3

    eh! hri ni hri sabtu...L x blaja motor k?hehe3
    k g tgk wyg ngan L...hehe3

    ReplyDelete
  12. err...aku xfaham pape..haish

    ReplyDelete
  13. slalu bila mimpi, mmg x ingt pon ape yg dimimpi...
    tp byk kali gak, apa yg sy mimpi, btol2 brlaku...
    bila prkara 2 brlaku, bru sy akan ingt yg sy prnah mimpikn prkara 2...
    mmg xbyk, tp ia btol2 sama mcm dlm mimpi...

    ReplyDelete
  14. aku pernah terdengar,kalau mimpi tu kita ingat,then benda tu cuma mainan tidur je...tp kalau mimpi tu kita x berapa nk ingat details dia,ia mungkin akan berlaku pd diri kita..tu yg kekadang,kita rasa mcm pernah smpai kat 1 tempat padahal itu kali pertama kita kat situ...dejavu....roh kita kan mengembara waktu kita tidur....wallahualam....

    ReplyDelete
  15. mimpi kadang2 mwmbawa maksud...

    ReplyDelete

  16. aku penah mimpi mcm en.cero..
    dari aku sek. ren. smpai'bjngut'setiap malam aku bermimpi.pelik..parents aku ckp aku xbetul??

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License