Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 25, 2010

'Ajar Melalui Pengalaman', berETIKAkah?

this is sixty-second..
..and I'm sorry..

Mahu bertanyakan pendapat tentang dua situasi ini..

Situasi 1:


Sepasang ibubapa mempunyai anak perempuan dara remaja yang liar,
suka keluar rumah dan balik hampir tengah malam,
berkawan dengan lelaki yang berlumba haram,
bersahabat dengan kawan perempuan yang bagi mereka seks adalah air minuman..

"Alaa, orang tau laa baik buruk...
Selama ni orang tak wat pon mende2 buruk sume tu..
Ni haa, dara lagi tau.."
Itulah jawapan bila dinasihatkan kedua ibubapanya...


Satu malam,
si gadis ni balik tergesa-gesa, termengah-mengah..
Bajunya ada kesan koyak, ditarik dan kotor..
Dia teresak-esak menangis dalam pangkuan ibunya yang menyambut..

Bila ditanya,
katanya dia hampir dirogol oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali..
Namun, akibat bergelut,
dia berjaya lepaskan diri..

"Syukurlah tak berlaku apa-apa"

Esoknya,
kelihatan bapa si gadis ke lorong belakang bangunan rumah kedai..
Bertemu dengan seorang pemuda..

"Kamu buat kerja dengan baik,
Sekarang anak aku dah tidak keluar malam
dan tidak bersama kawan-kawannya yang dulu lagi.."
kata si bapa sambil menghulurkan duit upah..

********************

Situasi 2:



Seorang gadis ditinggalkan kekasihnya
atas alasan yang tidak diketahuinya..

"Kita dah tak serasi dan tidak sehaluan..
Awak terlalu baik untuk saya"
Kata terakhir lelaki itu masih ternyiang-nyiang dibenak kepala si gadis,
sambil diselubungi kekecewaan yang mendalam..

Suatu hari, si gadis dan kawan serumahnya merancang,
mahu si kawan ni menggoda si lelaki ini sehingga jatuh cinta,
dan akhirnya tinggalkan si lelaki dalam keadaan tiada punca
seperti yang pernah dilakukannya ke si gadis itu.

Rancangan berjaya,
lelaki tersebut kecewa dengan teruknya,
dan sejak itu, si lelaki kembali cuba menghubungi si gadis
atas alasan sudah sedar akan kesilapan dirinya...

"Kadang-kala kita lupa nilai sesuatu sehinggalah kita kehilangan ia"
Ungkap si lelaki kepada si gadis.

********************

Dari kedua-dua situasi ini,
dapat disimpulkan bahawa
pengalaman adalah guru terbaik...

Persoalannya sekarang,
adakah ianya perbuatan yang tidak beretika?

Kalian rasa bagaimana?
Adakah matlamat menghalalkan cara?
Akibatnya baik, tapi caranya?

Ada pengalaman begini?
Kalo ada, jom berkongsi...
aku nk tau gak...

p/s:
kenapa tiba-tiba aku cite pasal hal nih?
sbb aku sendiri tgh terpikir nk mengajar org melalui pengalaman.

credit gambar dari wallcoo.net dan jasonbarbacovi.com


4 comments:

  1. heheh 1st of all aku nak tanya ade ke bapa yg wat camtu? kalo kena tangkap dengan bapa2 die kena tangkap. lagipun bapak die upah budak2 lelaki tu tak gerenti lelaki tu takkan ape2 kan anaknye. ibarat ikan depan mate kuceng. nampak baik last2 curi gak.

    betul pengalaman mengajar kita tapi niat tidak menghalalkan cara. sekalipun niat kita nak mengajar, tugas kita hanya sekadar menasihati, yang membuat hukuman biarlah Tuhan punya kerja. yg baik akan dibalas baik, yang jahat akan dibayar cash terus, tanpa hutang piutang.

    hati manusia kita tak tahu, kdg2 kita rancang camtu camni tapi jadinya lain. so better nasihat je la, nak dengar tanak dengar terpulang. jika dia anggap dia nak rase sendiri pengalaman tu biarlah, manusia ni suka buat benda yang kontra

    ReplyDelete
  2. shukjessa:
    psal bapak camtu, believe it or not, mmg ade..sbb aku pnah dgr sndri hal tu, cuma dr mulut org laa..biase arr, org nih kdg2 propa lebey..

    jika dilihat semula, macam tak salah kan bapak mengajar anak? takde bende salah yg berlaku slain dr cubaan merogol (yg tak berjaya) tu..outcome pon ok..

    tp ini hal subjektif, mungkin ulama ade pendapat sendiri..
    tp yg betul adalah,
    matlamat tak menghalalkan cara..

    ReplyDelete
  3. matlamat tak menghalalkan cara..
    tapi kalau aku..
    balun aja..

    ReplyDelete
  4. pelik nye ade bapa wt cm2?sgt x beretika cam mengharuskan yg haram.. bg ak bapak cm2 x guna. cuba la klau org diupah 2 lupe dunia..x ker rosak anak dara dia?ahaha..ak lak emo.ahaha..sori2

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License