Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 12, 2009

Memories in the Rain

this is my thirty-third post..
..and I'm sorry..


10 Nov 2009

Memori dalam hujan..

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang,
aku perlu berada di markas pada jam 3 ptg..
Shah Alam ke Sungai Besi mengambil masa 40minit
dengan Caballo Blanco di bawah mod kelajuan 80km/j..

Jam 1345,
Aku keluar sarang Rowell dgn disinari cahaya terik mentari..
Berbekalkan makan tghari di Restoran Tajmaah,
aku menuju ke blok 58 dengan niat nak memberi kawan pinjam cakera keras luaran..

Jam 1351,
Selesai berurusan dgn budak busuk belum mandi,
aku teruskan perjalanan ke Sungai Besi,
Laluan Lebuhraya Persekutuan di ambil..
Sampai di satu susur,
Aku ambil jalan ke Lebuhraya NPE (stands for ape aku pon tak tau)

Sampai satu ketika di dada NPE,
Langit di hadapan aku berwarna gelita,
Kelabu gelap dgn kod #b4b4b4,
Di persisiran jalan banyak penunggang lain berhenti
Bersiap-siap dengan perisai baju hujan masing-masing,
Namun,
aku teruskan perjalanan dengan angkuh dan bongkaknya.

Sebelum melepasi tol NPE Sunway,
Hujan turun riuh dengan sentapnya,
Lalu berhentilah diri di hentian motosikal selepas tol,
hanya 9 saat, namun aku telah basah dengan jayanya..

Bertukar ke kostum hujan merah,
dengan Shoei tertera di belakang,
aku smbung perjalanan ke destinasi..

Hujan bertambah lebat,
Ibarat pertempuran antara Madara dengan Hashirama,
hinggakan satu ketika
jarak pandangan aku hanya 10meter,
memaksa inersia mnerkam otot kardiak.

Agak-agak 10km sebelum destinasi,
Hujan reda hanya sedikit, masih buta jalan,
Jarak hanya bertambah menjadi 50meter,
namun sesuai untuk memecut 70km/j...

Adalah alkisah arakian,
Dua pedati beroda 4 memecut di sebelah kanan dan kiri,
dengan pantas menghadiahkan aku segerombolan air...
Lantas mencurahi diri ini dengan penuh kasih sayang,
Ibarat irama Mozart bergema ke seluruh pembuluh,
Air hujan dengan keasidan pH 4.3 terjah ke mulut aku,
Juga meresapi segenap tubuhku,
seolah-olah memberitahu
"Baju hujanmu itu hanyalah hiasan.."

Aku hanya mampu tersenyum,
Volkwagen Beetle dan Lotus Elise 111R impian di benak kalbu,
terbentang seperti projektor Dewan Kuliah Alpha,
kesabaran mencengkam jiwa..
Aku sedar aku hanya penunggang kuda..

Sampai di rumah,
Aku cuba mencelah diri sendiri,
Apakah barangan yang tidak dikucupi Dihydrogen Oxide..
Hanyalah 5300 dan A400 empunya diri,
Selamat hanya dititisi molekul ini..

Pengajaran kisah:
Keberanian menempuh hujan di kala lebat,
Membuatkan Malaikat Maut gemar berseloka di belakang anda..
Hargai nyawa,
Ingatlah Mama yang tersayang..


1 comment:

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License